Sunday, January 30, 2011

Album UNIC – Hijrah

Pelancaran Album UNIC – Hijrah, terbitan bersama HPA – UNIC. Album ini akan dilancarkan pada 5hb Feb 2011 sempena Konvek HPA Malaysia 2011. Album ini mengadungi 10 lagu dengan 6 lagu baru yang mana liriknya telah di tulis sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.
Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Doa Dhuha, Hijrah, Sajak Usahawan, Doa Rabitah, Sangkar Hati, Solatlah Wahai Permata Hatiku, Asy-Syafi, Menuju Wawasan. dan 2 lagu lain. Album ini juga akan diedarkan melalui MLM HPA dengan bernilai mata (Harga RM25.90 dengan 5NM).
Nantikan nukilan khas dari Tuan Haji Ismail Bin Ahmad kepada semua ahli HPA! Semoga kita dapat berhijrah kepada ekonomi Islam yang mantap! Insya-Allah.

Saturday, January 29, 2011

INFO KHAS UNTUK PJS DAN PELAPIS PJS

Salam Para Pemimpin,

1. Semua PJS dan Pelapis di jemput untuk menghadiri program sehari bersama Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad mengenai latihan bengkel LDK produk baru HPA yang akan di lancarkan pada waktu konvek ini.
Lokasi di HPAIC
Tarikh: 1hb Feb 2011
Jam: 8.30 pagi hingga 5.00 petang


Jamuan makan tengahari di sediakan.

2. Masih ada PJS yang belum memberikan maklum balas mengenai respon kehadiran mereka di konvek. Kelewatan memberikan maklum balas akan menyebabkan tuan dan puan tidak di peruntukan tempat duduk disebabkan ruangan yang terhad.

Sekian. Wasallam

Tuesday, January 25, 2011

PJS IWAN dinobatkan sebagai DOTY 2010 dalam acara MILAD HPA INDONESIA



16hb Jan 2011 (Jakarta): Tahniah!DOTY HPA Indonesia untuk tahun 2010 telah di anugerahkan kepada PJS Iwan. PJS Iwan juga terpilih sebagai Motivator terbaik. Beliau juga menerima wang tunaiRp180juta (RM60,000). Anegerah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.
Tahniah juga bagi yang mendapat Insentif Ta’awun 2010:
1135 saham Koperasi,
242 org Tour Langkawi,
50 org Tour China,
313 orang Umroh,
18 staff dapat Umroh,
Top 30 yang menerima Rp180juta dan
Top 31-60 yang menerima wang tunai Rp120juta.

Turut hadir Pengurusan Tertinggi HPA Indonesia, Pengurusan Tertinggi HPA Malaysia serta Wakil Duta Malaysia ke Indonesia dan Timbalan Gabenor Jakarta.

PROGRAM ELITE'S TRANING DI INDONESIA






PROGRAM PEMANTAPAN PELAPIS BERSAMA PJS JUNIOR

Salam..

Kepada semua Presiden PJS dan Presiden Pelapis PJS,sila ambil perhatian. Satu Program Pemantapan Pelapis bersama PJS Junior akan diadakan selama 2 hari 1 malam pada bulan seperti berikut:
1. Kelab Pelapis KPA - Dicadangkan hujung bulan Mac
2. Kelab Pelapis KPT - Dicadangkan pertengahan April
3. Kelab Pelapis KPS - Dicadangkan hujung April
4. Kelab Pelapis KPU - Dicadangkan bulan Mei
5. Kelab Pelapis Borneo - Dicadangkan pada Jun

Diminta semua Presiden Kelab Pelapis dan Presiden PJS mengambil perhatian. Sebarang maklumat berkaitan program tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian,terima kasih.

ADUAN KEKURANGAN BEKALAN PRODUK/STOK

Salam..


Perhatian kepada semua Cawangan/Pengedar/Agen Stok,mulai sekarang segala aduan boleh disalurkan kepada En. Sham Sani di talian 04-9774716/019-3801885 atau melalui email di alamat sham_southpark@yahoo.com.

Sekian,terima kasih.

Maklumat Lengkap Penajaan Semula

Kenapa penajaan semula boleh di lakukan?
Ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang sesaorang yang telah di taja sebelum ini tetapi berstatus tidak aktif membuat pilihan semula sama ada untuk kekal di jaringan lama atau mencari jaringan baru atas pilihannya sendiri.

Apakah yg di maksudkan dengan tidak aktif?
Tidak aktif bermaksud tidak aktif sebagai seorang PENGEDAR. Kelayakan menerima bonus sesaorang pengedar adalah minima 50NM maintain perbulan. Jika ia melakukan maintain peribadi di bawah 50NM ia hanya di anggap sebagai Pengedar yang bersifat pengguna biasa yang di kategorikan sebagai PENGEDAR TIDAK AKTIF.

Berapa jangka masa ketidakaktifan sesaorang pengedar itu melayakan ia boleh di taja semula?
Seorang yang tidak aktif selama 12 bulan semasa hendak di taja, layak memohon untuk penajaan semula.

Apakah ia mengambil kira tahun bila ia mendaftar menjadi ahli?
Ada dua jawapan
1. Ia tidak mengambil kira bila ia menjadi ahli asalkan jumlah edah beliau tidak aktif adalah selama 12 bulan.
2. Sekiranya usia keahlian sesaorang itu di bawah 12 bulan, maka ia belum layak untuk di taja semula sehinggalah usia menjadi ahli cukup 12 bulan dan dalam keadaan beliau tidak aktif.

Apakah pangkat dan rangkaian boleh di bawa bersama?
Kena faham istilah penjaan semula dan pindahan rangkaian. Kita tidak membenarkan sama sekali pindahan rangkaian dan pangkat. Jawapannya ada penajaan semula bermaksud dia akan di taja sebagai pengedar baru yang berpangkat pengedar biasa tanpa membawa rangkaian, pangkat maupun timbunan nilai mata yang dia miliki sebelum ini.

Bagaimana proses penajaan semula itu boleh di lakukan?
Sesaorang yang ingin melakukan penajaan semula di kehendaki memohon terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan dari pihak AWM. Adalah di ingatkan mereka tidak di benarkan melakukan apa apa pembelian sebelum penajaan baru di luluskan. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kesilapan dalam pengisian data oleh pihak MIS. 

Sebarang kemuskilan sila hubungi en Kamal pada no hp 0134804717 atau email jatidiri09@yahoo.com.my
Wasallam


Salam
Penajaan semula ada beberapa syarat tambahan yang perlu di lakukan supaya tidak ujud kes penipuan.
1. Penajaan semula hendaklah di buat oleh tuan tubuh berkenaan dan di kehendaki untuk mengisi borang khas yang boleh didapati di semua cawangan mulai minggu hadapan 23hb Jan 2011.
2. Salinan photostat kad pengenalan adalah suatu kewajipan.
3. Perlu tandatangan dalam borang tersebut bagi mereka yang hendak menaja dan mereka yang hendak di taja semula di dalam borang tersebut.
4. Sekiranya didapati pengaduan orang yang hendak di taja semula tidak tahu menahu dan berlaku penipuan mengenai salah laku meniru tanda tangan dan di dapati benar akan kesalahan tersebut, maka pihak syarikat tidak akan teragak agak mengambil tindakan tata tertib kepada mereka yang terlibat dalam melakukan kesalahan tersebut.
Sekian

Program Waktu Malam.

Kepada PJS, Pelapis, Pimpinan Komuniti dan Staff Cawangan HPA Malaysia
Sehubungan dengan isu program khusunya di waktu malam, berikut adalah kenyataan resmi dari AWM.
Semua program cawangan boleh menjalankan program pada waktu malam seperti sedia kala dengan saranan dari pihak AWM mematuhi aturan dan etika yang di tetapkan. Diantaranya adalah seperti berikut;


1. Bagi wanita di sarankan datang bersama mahram bagi mengelakan salah faham.
2. Program hendaklah di tamatkan selewat-lewatnya jam 11.00 malam bagi membolehkan semua aktiviti lain seperti pengurusan di cawangan selesai sebelum 12.00 malam.
3. Mematuhi peraturan seperti menjaga harta, kebersihan dan hal hal yang berkaitan dengan cawangan.
Sekian. Wasallam


Dari GM AWM

Kata Semangat Khas Buat PELAPIS

Kepada seluruh PELAPIS yang telah menghadiri program 2H1M pada 14&15hb Dis baru ini berikut adalah sedikit komentar dari pemantauan GM;
1. Pakaian semasa kursus amat baik.
2. Ketepatan waktu amat memuaskan.
3. Komitment cukup baik.
4. Kefahaman akan missi dan vissi (MLMS dan Herba) baik dan perlu di pertingkatkan.
5. Semangat cukup luar biasa dengan lagu baru.
6. Pengurusan masuk ke hotel dan ketika makan cukup memuaskan.
Sekalung tahniah dan syabas diatas kejayaan anda semua untuk mempersiapkan diri anda.
Terima kasih pada seluruh AJK, El Zahra & Homestay, RFC dan semua sekali kerana berkerja dengan begitu baik.
Wasallam


Dari GM AWM 
En Mohamad Faisol Abd Rahman

Sunday, January 9, 2011

Meeting Kelab Pelapis PJS Zon Selatan

Perjumpaan semua para Pelapis PJS Zon Selatan akan diadakan pada 9hb Januari 2011 pada hari Ahad jam 11.00 pagi bertempat di Cawangan Muar 2. Kehadiran WAJIB. Arahan dari Presiden Kelab Pelapis PJS Zon Selatan cc En Kamal  dan GM En Mohammad Faisol.