Saturday, February 19, 2011

Arahan Penting Program * MANTAP *


Arahan keempat  (AMAT TERLALU PENTING)


Mohon semua peserta yang membaca blog ini khususnya para presiden supaya menyebarkan arahan keempat.

Arahan: Sila pastikan semua peserta membawa KAIN TUALA dan KAIN BASAHAN MANDI. Kegagalan membawa 2 perkara ini akan menyebabkan anda gagal untuk mandi.
SEKIAN


Peringatan Keras kepada Peserta MANTAP


HQ melarang sama sekali kehadiran peserta MANTAP menggunakan proksi individu. Sekira proksi hadir maka pihak HQ tidak akan membenarkan dan segala kos adalah tanggungjawab sendiri.


Arahan semasa ke lima


Khusus untuk peserta wanita
Warna KAIN TUDUNG untuk peserta wanita adalah putih tidak bercorak. Sila patuhi arahan ini tanpa bantahan. Sila sebarkan pada para peserta.

Wednesday, February 16, 2011

Makluman Pembayaran Program "MANTAP"

Salam...
Kepada semua Presiden dan Setiausaha KPU/KPT/KPS/KPA...
Berikut adalah makluman yang perlu diambil perhatian oleh Peserta MANTAP..

1. Barang-barang berharga tidak digalakkan dibawa semasa program berlangsung(hilang tanggungjawab sendiri).
2. AJK hanya bertanggungjawab menolong menjaga beg duit dan telefon sahaja semasa program berlangsung).
3. Yuran RM100 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 17/02/2011.
       - Semua pembayaran hendaklah melalui Presiden/Setiausaha Kelab masing-masing.
          Sila online ke akaun AL WAHIDA MARKETING SDN BHD ( Bank Islam).
          No Akaun ; 09010010021705     
        - Sila faks slip bayaran kepada bahagian pemasaran AWM di talian
           04-9775270 u/p En. Mohd Arif Fadzillah.

- Sila nyatakan butiran bayaran berikut di ;
a) Daripada
b) No. Telefon
c) Tujuan Bayaran

Tuesday, February 15, 2011

PROGRAM 'MANTAP' .......Pemantapan PJS, Pelapis PJS dan Herbalis HPA pada 22-24 Feb.2011

Salam pada bakal peserta

Siapkan Mental & Fizikal mulai sekarang. Lakukan perubahan diri.

MANTAP akan memantapkan anda semua.

Info tambahan

Peserta di sarankan supaya tidak membawa barang berharga seperti barang kemas dsb serta jumlah wang yang banyak. Pihak urusetia bagaimana pun menyediakan khidmat menyimpan barang barang tersebut sekira para peserta memerlukannya

Peralatan dalam kumpulan mengikut Kelab

Setiap Kelab dikehendaki menyediakan seperti berikut;

1. 4 biji periuk nasi berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.

2. 4 biji periuk lauk berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.

3. Senduk yang secukupnya.

Kepada seluruh peserta di kehendaki membawa pinggang dan gelas sendiri untuk tujuan makan.

Begitu juga setiap peserta wajib membawa 3 Pen Marker(Merah, Biru dan Hitam).

Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;

22hb Feb 2011 jam 6.00 petang

Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis

Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )

*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA

Arahan Pertama Peserta Program Pemantapan PJS dan Pelapis

Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC

1. Lagu Usahawan

2. Hijrah

Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.

Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.

2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.

3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah
- selipar
- alatan menulis termasuk buku nota, 3 batang marker pen (biru,merah & hitam), pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat
- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.

4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.

Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dalam blog dari waktu ke waktu.

Sekian. Wasallam

Thursday, February 10, 2011

Memo Penting Penajaan Semula

04 Febuari 2011M / 1 Rabiulawwal 1432H

KEPADA : CAWANGAN, HALAL MART, KIOSK
DARIPADA : AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

TAJUK : PERUBAHAN SYARAT PENAJAAN SEMULA

Assalamualaikum,

Tuan/puan, merujuk perkara diatas,

2. Adalah dimaklumkan, pihak AL-WAHIDA MARKETING SDN BHD ingin memohon maaf berhubung memo yang bertarikh 19 Januari 2011M. Syarat tersebut telah dibatalkan dan dikekalkan dengan syarat yang lama.
3. Syarat-syarat tersebut adalah didaftarkan pada tahun 2007 ke bawah dan tidak pernah aktif langsung (tidak pernah mendapat bonus). Dokumen yang diperlukan adalah seperti dibawah :
- borang keahlian
- salinan kad pengenalan
- surat rayuan (surat rasmi)

4. Pihak syarikat memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Diharapkan maklumat ini mendapat perhatian kepada pengedar-pengedar HPA yang bertauliah.


Sekian, harap maklum.

Wednesday, February 9, 2011

PROGRAM PEMANTAPAN PJS DAN PELAPIS PJS MALAYSIA


Perhatian seluruh PJS dan Pelapis Malaysia
Tahun 2011 kita kembali mengambil inspirasi dari hutan yang telah menyimpan seribu khazanah untuk kita terutamanya warga HPA . PJS dan pelapis terutamanya perlu merasai , menghayati tentang kehidupan alam rimba, moga kita lebih insaf dan menghargai ubatan yang dijual bukanlah perkara biasa. Program pertama yang akan diadakan pada 23 dan 24 feb 2011 bertempat di Taman Herba, Bukit Ayer, Perlis. InsyaAllah.


Kepada semua PJS dan Pelapis PJS yang ingin menyertainya sila ikuti arahan berikut:

1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.
2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.

3. Peralatan wajib di bawa;
- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)
- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)
- pakaian solat termasuk sejadah- selipar- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu
- Al quran dan Wirid Matsurat- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.

4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.
Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.
Sekian. Wasallam

Tuesday, February 8, 2011

DOTY ( Distributor Of The Year ) Malaysia 2010


Tahniah kepada PJM Ustaz Mohd Ramizu Bin Abdullah kerana di nobatkan sebagai penerima Anugerah DOTY 2010 pada Konvek HPA Malaysia 2011. Anegerah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad di Konvek HPA 2011 di PICC Putrajaya. Telah dihadiri hampir semua PJS Malaysia, PJS Indonesia serta wakil-wakil HPA seluruh Nusantara. Indonesia, Brunei, Cambodia, Thailand, Vietnam.

Friday, February 4, 2011

TINTA PENGARAH URUSAN TERBARU 2011


HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI ZON SELATAN FEBRUARI 2011

KONVEK HPA 2011

KONVEK HPA 2011 pada 5hb Feb 2011 AKAN DIADAKAN
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE ( PICC )
Acara bermula 07.30 pagi dan tamat Pada pukul 2.00 Petang


TENTATIF KONVEK 2011
7.30pagi Pendaftaran Peserta & Hadirin
8.00pagi Ketibaan VIP & VVIP
8.30pagi Majlis dimulakan dengan Tayangan Video
8.35pagi Ucapan Pengerusi Majlis
8.40pagi Bacaan Do’a
8.45pagi Bacaan Al-Qur’an & Terjemahan
8.55pagi Ucapan Wakil PJS Nusantara
9.00pagi Ucapan Pengurus Besar AWM, Encik Faisol Abd Rahman
9.10pagi Ucapan Pengarah Urusan HPA Group Of Companies: Tuan Haji Ismail b Hj Ahmad
Perasmian Konvek 2011, Jawi Energy Water Filter, Jam Tawaf  & Pelancaran Album Hijrah
9.45pagi Persembahan UNIC & Cabutan bertuah I
9.45pagi Anugerah Stokis Terbaik
Anugerah Pengurus Stokis Terbaik
Anugerah Pusat Jualan Terbaik
Anugerah Pusat Agensi Terbaik
10.05pagi Persembahan Munif Hijjaz & Cabutan bertuah II
Anugerah Pengarah Melati Terbaik
Anugerah Pengarah Meranti Terbaik
Anugerah Pengarah Jati Terbaik
Anugerah Pelapis PJS Terbaik
10.30pagi Persembahan UNIC & Cabutan Bertuah III
10.40pagi Anugerah Pengarah Jati Emas Terbaik / Anugerah Pengarah Jati Intan Terbaik / Anugerah Pengarah Jati Mahkota Terbaik
10.55pagi Persembahan PJS
11.10pag Anugerah Insan Istimewa / Anugerah Asia Ocenia / Anugerah Percutian Global
11.20pagi Persembahan UNIC
11.30pagi Insentif Ta’awun 2010
Kategori Pertama – Anugerah Hadiah Pencapaian
Cabutan Bertuah Ta’awun
Grand Prize Ta’awun
11.50pagi Persembahan UNIC
12.00tghari Kategori Kedua (Hadiah Pelancongan)
12.40tghari Persembahan UNIC
12.50tghari Kategori Ketiga (Hadiah Pelancongan) / Kategori keempat (Hadiah Wang Tunai)
1.30petang Anugerah Distributor Of The Year (DOTY)
1.40petang Persembahan UNIC, Munif Hijjaz & Para PJS
2.00petang Majlis Bersurai, Lawatan Ke Tapak Jualan & Jamuan di Dewan Perdana

Tuesday, February 1, 2011

ETIKA PAKAIAN PJS SEMPENA KONVEK PADA 5 FEB 2011

PJS LELAKI: BLAZER BLUE BLACK

: KEMEJA PUTIH
: SELUAR SLACK HITAM
: KASUT BERTUTUP HITAM
: STOKIN HITAM
: NAMETAG PJS

PJS PEREMPUAN: BLAZER BLUE BLACK

: TUDUNG HITAM
: BAJU KURUNG (WARNA BEBAS) ATAU JUBAH WARNA
HITAM
: KASUT BERTUTUP HITAM
: STOKIN HITAM
: NAMETAG PJS

2. MAKLUMAN ETIKA PAKAIAN PJS SEMPENA MAJLIS 

MAKAN MALAM PADA 4 FEB 2011

PJS LELAKI : BAJU BATIK DAN SELUAR SLACK HITAM SERTA KASUT
BERTUTUP.
PJS PEREMPUAN: BAJU KURUNG/ JUBAH (BEBAS WARNA) DAN TUDUNG
HITAM DAN KASUT BERTUTUP